Bahasa Melayu bentuk perpaduan kebangsaan


Oleh Syuhada Choo Abdullah

choo@bharian.com.my


Prof Diraja Ungku Aziz

Ubah sistem pembelajaran baiki hubungan kaum: Ungku Aziz

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melakukan beberapa perubahan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran, khususnya mengenai bahasa Melayu bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini, kata Prof Diraja Ungku Aziz.

Beliau berkata, perubahan itu perlu merangkumi semua peringkat persekolahan termasuk di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

“Bahasa Melayu penting untuk mewujudkan perpaduan, manakala bahasa Inggeris boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi negara.

“Pada masa kini, usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui bahasa dilihat sebagai tidak begitu berjaya kerana berdasarkan kepada pemerhatian, kebanyakan pelajar di institusi pengajian tinggi masih belum sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu.

“Sistem pembelajaran penting untuk wujudkan perpaduan negara. Saya rasa perpaduan negara melalui sistem ini masih tidak begitu berjaya,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Pemuafakatan Kementerian Pengajian Tinggi Bersama Kementerian Pelajaran di Universiti Putra Malaysia di Serdang, dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi.

Ungku Aziz berkata, kementerian berkaitan perlu menyediakan satu agihan sistem pelajaran supaya pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu bermula dari peringkat yang mudah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

“Maknanya pelajar boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik, tidak rojak dan tidak telor. Kalau kita ada sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu yang betul, kita boleh lahirkan pelajar yang baik serta mewujudkan perpaduan kaum,” katanya

Sementara itu, Alimuddin ketika diminta mengulas perkara berkenaan pada sidang akhbarnya berkata, antara matlamat utama pendidikan negara sejak Laporan Razak 1956 ialah untuk mewujudkan perpaduan nasional.

Justeru, katanya, penggunaan bahasa Melayu diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara untuk mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,172 other followers

%d bloggers like this: